Tuesday, October 4, 2022
27.6 C
Brunei

Minyak sawit Malaysia kekal utuh

-

KUALA LUMPUR, 9 OGOS – Potensi minyak sawit Malaysia terus utuh walaupun harga minyak sawit mentah (MSM) lemah dan prospek komoditi itu akan kekal cerah pada separuh kedua 2022.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin berkata ini sebahagiannya turut didorong oleh penerimaan global yang semakin meluas terhadap komoditi negara, termasuk daripada pasaran-pasaran bukan tradisional.

“Saya melihat perkembangan ini sebagai satu kejayaan daripada kempen Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) – ‘Gerakan Global untuk Memperjuangkan Kebaikan Minyak Sawit’ yang bertujuan menepis dakyah-dakyah dan maklumat salah mengenai komoditi terbesar Malaysia ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Eksport minyak sawit Malaysia dan produk-produk berasaskan minyak sawit menokok sebanyak 55.2 peratus kepada RM67.48 bilion dalam tempoh Januari hingga Jun tahun ini daripada RM43.47 bilion sepanjang tempoh yang sama pada 2021. – Bernama

Kelihatan Keluarga Malaysia dalam kalangan peniaga dan pembeli menerima manfaat daripada penetapan harga maksimum minyak masak sawit dalam botol semasa tinjauan di gerai jualan makanan nasi campur di Anjung Kementerian Komunikasi dan Multimedia, baru-baru ini. – Bernama
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

PBB: 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan

ISLAMABAD, 3 OKT – Agensi kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran kira-kira 5.7 juta mangsa banjir Pakistan berdepan krisis makanan serius dalam masa...
- Advertisment -