Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Mira Filzah jaga anak sendiri 24 jam

    Susah untuk mempercayai orang luar, pelakon, Mira Filzah meluangkan masa menjaga permata hatinya, Wan Khair Amir, tujuh bulan selepas pembantu terpaksa pulang kerana hal kecemasan.

    Lantaran memberikan perhatian ’24 jam’  kepada buah hatinya, pelakon utama drama Lelaki Kiriman Tuhan itu  mengakui jarang berpeluang mengemas kini laman sosial.

    “Kurang ‘update’ akhir-akhir ini kerana pembantu terpaksa balik dua minggu lepas. Balik untuk dua bulan lebih, mama dengan Amir sahaja 24 jam. Tiada acara dan penggambaran.

    “Saya tidak tahu bagaimana emak-emak lain melakukannya, masya-Allah hebatnya ibu yang menjaga anak-anak sendiri tanpa pembantu,” titip Mira.

    Sama seperti ibu-ibu lain, pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman menjelaskan beliau mengalami kesukaran untuk mempercayai orang luar untuk menjaga Amir.

    Mira berkata pembantunya terpaksa balik untuk dua bulan lebih. – Agensi

    Justeru, suri hati Wan Emir Astar itu merancang untuk membawa si kecil itu bersama semasa bekerja Januari depan.

    “Bukan tidak mahu panggil pengasuh datang setiap hari tetapi saya susah untuk membina kepercayaan dengan orang. Kita sudah percaya dengan pembantu yang baru bekerja lima bulan tetapi sudah kena balik. Dia bagus sangat Alhamdulillah tetapi Allah mengetahui yang terbaik. Insya-Allah ada hikmahnya.

    “Mama hendak mula kerja semula, nanti hendak bawa amir ikut mama ‘work trip’ Januari nanti. Hendak tinggal macam tidak boleh, nanti mama menangis. Apabila sudah jaga amir sendiri ini lagi berat hati hendak tinggalkan dia, lagi ‘attached’.

    “Susah hati jika bekerja selagi tidak jumpa ganti pembantu yang baik boleh jaga Amir dan sayang Amir macam anak sendiri,” katanya.

    Mira turut menitipkan harapan agar diberikan pembantu yang bertanggungjawab, menyayanginya anaknya, jujur dan ikhlas bekerja.

    Mira dan Wan Emir Astar mendirikan rumah tangga pada September 2020 di Pusat Konvensyen Sime Darby. Mereka dikurniakan anak lelaki bernama Wan Khair Amir pada 10 Mei 2022. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...