MADRID, 6 FEB – Kelab divisyen kedua, Mirandes melakukan kejutan di pertandingan Copa del Rey semalam selepas menewaskan Villarreal 4-2 untuk mara ke separuh akhir untuk kali kedua.
Kelab dari Miranda de Ebro, sebuah bandar yang mempunyai penduduk kira-kira 35,000 orang di utara Sepanyol, membuat kejutan seperti dua lagi kelab La Liga dalam pusingan sebelumnya iaitu juara lima kali Sevilla tekeluar pada pusingan 16 dan Celta Vigo pada pusingan 32.
“Hai Sepanyol, hai dunia,” ungkapan kelab dipaparkan di Twitter. “Kami terus membuat sejarah.”
Pemain kekal di padang selama beberapa minit selepas perlawanan untuk meraikan dan melayan para peminat.
Mirandes beraksi dalam semifinal Copa pada 2011-12, kalah kepada Athletic Bilbao. Pernah mara ke suku akhir pada 2015-16.
Kelab tidak pernah bermain di divisyen pertama La Liga di Sepanyol itu berada di tempat ke-11 dengan 22 pasukan di divisyen kedua.
Villarreal berada di tangga ketujuh di La Liga, cuba untuk mara ke separuh akhir Copa untuk kali pertama sejak 2015, apabila kalah kepada juara Barcelona ketika itu.
“Ia adalah kekalahan saya yang paling teruk dengan Villarreal,” kata jurulatih Javier Calleja.
“Kami datang ke perlawanan dengan banyak keyakinan. – AP





























