Monday, August 15, 2022
23 C
Brunei

Miri, Limbang diisytihar kawasan kawalan FMD

-

KUCHING, 15 JUN – Bahagian Kuching, Serian, Sri Aman, Miri dan Limbang kini diisytiharkan sebagai kawasan kawalan penyakit kuku dan mulut (FMD).

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom berkata lima bahagian itu bersempadan dengan Kalimantan Barat dan Kalimantan Utara di Indonesia di mana wabak aktif penyakit itu berlaku dalam populasi lembu, kerbau, kambing dan biri-biri.

Beliau berkata pengisytiharan itu dibuat bagi membolehkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak dapat mengenakan dan membuat semua langkah kawalan yang perlu untuk mencegah kemasukan FMD ke Sarawak.

“Langkah kawalan yang dilaksanakan termasuk larangan import ke atas ternakan dan produk ternakan dari Indonesia, pemantauan dan pengawasan ternakan di kawasan berisiko tinggi dan menjalankan pemeriksaan veterinar di pintu masuk ke Sarawak.

“FMD adalah jangkitan virus akut yang sangat mudah menjangkiti haiwan berkuku dua termasuk lembu, kerbau, rusa ternakan, kambing, biri-biri, babi serta babi hutan dan rusa,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Dr Rundi berkata penyakit itu merebak daripada haiwan ke haiwan melalui berkata penyakit itu merebak dari haiwan ke haiwan melalui aerosol, lelehan hidung dan juga daripada makanan yang tercemar, tempat tidur dan fomit lain.

“Bagaimanapun, FMD bukanlah penyakit zoonosis dan ia tidak mengancam kesihatan awam, berbeza dengan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang menjejaskan anak-anak kita dise-babkan virus yang lain,” katanya.

Beliau berkata Sarawak diiktiraf sebagai zon bebas FMD tanpa vaksinasi oleh Pertubuhan Kesihatan Haiwan Sedunia sejak Mei 2004 dan status kebebasan ini penting terutama untuk perdagangan antarabangsa bagi ternakan dan produk ternakan.

“Segala usaha perlu dilakukan untuk mencegah penyakit ini memasuki Sarawak,” katanya. – Bernama

Gambar fail bertarikh 17 Mei 2022 menunjukkan kakitangan Pusat Kesihatan Haiwan Indonesia semasa memeriksa keadaan mulut seekor lembu di Bandung, Jawa Tengah. Kini lima kawasan di Kuching, Sarawak, Malaysia telah diisytiharkan sebagai kawasan kawalan FMD. – Xinhua
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Lelaki lepas 5 das tembakan di lapangan terbang ditahan

SYDNEY, 14 OGOS – Seorang lelaki bersenjata melepaskan lima das tembakan di lapangan terbang utama Canberra hari ini, menyebabkan penumpang melarikan diri tetapi tidak...
- Advertisment -