Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    MIS-C akibatkan keradangan organ

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL – Salah satu kesan sampingan teruk yang dihidapi oleh bekas pesakit COVID terutamanya kanak-kanak ialah multisystem inflammatory syndrome (MIS-C) yang boleh mengakibatkan radang terhadap organ seperti miokarditis serta inflamasi di bahagian pembuluh-pembuluh darah.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar mengulas mengenai kesan sampingan itu ketika menjawab persoalan pihak media mengenai kanak-kanak yang mengalami kesan sampingan setelah sembuh jangkitan COVID. Jelasnya, walaupun sebahagian besar COVID ini ringan gejalanya, tetapi sebahagian lagi akan mengalami kesan teruk seperti multisystem inflammatory syndrome.

    Perbandingan boleh dilihat semasa mula-mula berdepan jangkitan di mana kanak-kanak hanya mengalami gejala ringan sahaja, namun sepanjang dua tahun kebelakangan ini, dengan varian COVID yang sering bermutasi seperti Omicron, ia dilihat memberi kesan sampingan lebih kuat walaupun pada jumlah yang sedikit.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...