Monday, December 9, 2024
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Misha Omar cuba ubati kerinduan peminat

    KUALA LUMPUR – Selepas sekian lama tanpa sebarang single solo, Misha Omar kini boleh menarik nafas lega apabila lagu terbarunya, Sampai Bila, dijangka menemui peminat dalam masa terdekat. Lagu berkenaan adalah hasil ciptaan komposer terkenal, Sharon Paul, manakala liriknya pula ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya dan Shah Shamshiri.

    “Saya sememangnya berbesar hati dan teruja apabila dapat kembali memeriahkan dunia muzik bersama single solo terbaru.

    “Maklum balas daripada peminat juga nampaknya begitu memberangsangkan. Saya tidak menyangka mereka benar-benar serius apabila menyatakan kerinduan masing-masing terhadap saya,” kata ibu kepada Muhammad Idris Ezzwa itu.

    Bukan sekadar menghasilkan lagu baharu, malah Misha juga dipilih sebagai mentor dalam program Mentor Otai yang akan menemui penonton TV3 pada bulan depan, selain sibuk dengan tugas mengacarakan program pertandingan Bintang RTM 2018, bersama Aqasha.

    Misha Omar ingin mengubati kerinduan peminat dengan single terbaru, Sampai Bila.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda