Misi luar biasa berakhir

MAE SAI, Thailand, 10 Julai – Semua 12 anggota skuad ‘Wild Boars’ dan jurulatih mereka yang terperangkap di dalam kompleks gua Tham Luang di Chiang Rai, utara Thailand lebih dua minggu lalu telah diselamatkan, SEAL Tentera Laut Diraja Thailand mengumumkan hari ini, sekali gus menyelesaikan misi menyelamat luar biasa yang telah menarik perhatian dunia.

SEAL Tentera Laut Diraja Thailand dan penyelam elit luar negara telah berjaya membawa keluar kumpulan terakhir empat lelaki dan jurulatih berusia 25 tahun itu petang tadi melalui laluan berbahaya yang memerlukan mereka mengharungi terowong sempit yang penuh air.

“Semua 12 anggota skuad ‘Wild Boars’ dan jurulatih mereka telah berjaya dibawa keluar dari dalam gua,” kata SEAL di laman Facebook. – AFP