Misi mencari harta karun terhebat

BAHAYA yang maha besar menyembunyikan harta karun terhebat. Itulah yang diterapkan dalam novel siri pengembaraan sains fiksyen angkasa berjudul A Bad Deal for the Whole Galaxy karya Alex White ini.

Ahli-ahli kru legenda Capricious sudah cukup kaya untuk bersara dan hidup dalam keadaan selesa sepanjang sisa hayat mereka, namun semua itu tidak memadai bagi mereka jika cakerawala masih dalam bahaya.

Nilah dan Boots adalah ahli-ahli terbaharu kru tersebut dan mereka telah mendengar khabar bahawa terdapat kewujudan sebuah kultus yang penuh misteri dan kaitan mereka dengan kuasa magis purba yang sangat hebat.

Untuk mencari tahu keberadaannya, Nilah yang panas baran harus menjalankan misi penyamaran dan mencari sumber kuasa kultus tersebut tanpa mendedahkan identiti sebenarnya.

Manakala Boots pula terpaksa berhadapan dengan seseorang yang paling tidak ingin ditemuinya semula, rakan mencari harta karunnya yang telah berpaling tadah.

Ikutilah pengembaraan Boots dan Nilah yang penuh aksi dan debaran ini yang setentunya akan menambat hati penggemar-penggemar novel sains fiksyen penjelajahan angkasa.