ULASAN BUKU OLEH RAZ AS
NOVEL The Will to Battle karya Ada Palmer adalah buku ketiga bagi siri yang memenangi Anugerah John W. Campbell bagi tahun 2017, Terra Ignota, sebuah siri sains fiksyen politik epik.
Novel ini mengisahkan tentang zaman di mana utopia telah berakhir, keamanan dan kestabilan hanya menjadi sebahagian daripada sejarah. Rasuah, tipu helah dan pemberontakan bermaharajalela di bawah kepimpinan Hive, negara-negara tanpa sempadan yang dahulunya tegas.
Realiti yang menyayat hati, berpuluh tahun yang lalu bahkan ratusan tahun dahulu, ketua-ketua Hive membawakan kestabilan ke dunia ini melalui pembunuhan-pembunuhan rahsia yang terancang.
Ia bertujuan agar tiada kumpulan yang akan berkuasa sepenuhnya. Oleh yang demikian keseimbangan dapat dikekalkan. Satu-satunya harapan yang mereka miliki untuk mengekalkan keamanan dan menjauhkan orang ramai daripada terjerumus daripada lembah peperangan seperti dahulu adalah dengan bermuka-muka.
Walau bagaimanapun, dengan rahsia besar tersebut semakin diketahui ramai, lakonan mereka terbongkar.
Hanya beberapa hari sebelum itu, dunia ini berada di kemuncak ketamadunan manusia. Kini semuanya hancur lebur apabila semua mereka bersedia untuk menghadapi peperangan yang tidak mungkin akan dapat dihindarkan.