Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Misi menyelamat mangsa tertimbus salji diteruskan

    FARINDOLA, Itali, 24 Jan – Krew-krew kecemasan Itali menarik keluar tiga ekor anak anjing gembala biri-biri semalam dari bawah bertan-tan salji dan runtuhan di hotel yang dilanda runtuhan, yang membawa semangat ketika pencarian bagi 20 orang yang masih hilang, diteruskan bagi hari kelima selepas bencana itu.

    Tiga lagi mayat dikesan, yang menambah angka kematian kepada sembilan, dan mangsa-mangsa pertama yang terselamat dari runtuhan yang mengakibatkan kematian itu telah dibenarkan keluar dari hospital. Bagaimanapun soalan-soalan semakin bertambah tentang sama ada pihak berkuasa kurang menganggar risiko yang dihadapi oleh peranginan yang dikepung salji itu dalam tempoh beberapa jam sebelum berlakunya kejadian salji runtuh itu.

    Lima hari selepas kira-kira 60,000 tan salji, batu besar dan pokok-pokok yang tercabut merempuh Hotel Rigopiano di tengah Itali, krew-krew penyelamat masih mengorek dengan tangan atau dengan penyodok dan gergaji rantai dengan harapan menemui lebih ramai lagi mangsa yang terselamat. Mesin pengorek telah tiba di kawasan bencana itu, timur laut Rome untuk mencepatkan usaha mencari.

    Penemuan tiga ekor anak anjing gembala biri-biri Abruzzo membangkitkan harapan dan semangat, meskipun ketika para penyelamat mengesan mayat kesembilan.

    Anggota penyelamat ketika melakukan kerja-kerja pencarian mangsa yang terperangkap menggunakan sebuah jentera di tapak runtuhan di Hotel Rigopiano, dekat Farindola. - AP
    Anggota penyelamat ketika melakukan kerja-kerja pencarian mangsa yang terperangkap menggunakan sebuah jentera di tapak runtuhan di Hotel Rigopiano, dekat Farindola. – AP

    Krew-krew kecemasan yang amat gembira membawa anak-anak anjing itu di tangan mereka, dengan seorang anggota bomba membenamkan mukanya dalam bulu putih gebu anjing itu untuk memberikannya ciuman.

    Anak-anak anjing itu lahir bulan lalu dari anjing gembala biri-biri yang menghuni hotel itu, Nuvola dan Lupo dan ditonjolkan dalam halaman Facebook hotel itu. Ibu bapa mereka telah menemukan jalan keluar selepas kejadian runtuhan itu yang berlaku tengah hari Rabu lalu.

    “Mereka mula menyalak dengan begitu lembut,” kata Sonia Marini, seorang anggota Pasukan Perhutanan. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda