Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Misi takluki puncak tertinggi ke-13 tak kesampaian

    KATHMANDU, 18 MEI – Seorang pendaki gunung oktogenarian Sepanyol gagal dalam percubaan untuk mendaki gunung tertinggi di dunia ke-13, selepas kakinya patah dalam kemalangan di Himalaya, kata penganjur hari ini.

    Carlos Soria Fontan, 84, menyasarkan untuk menjadi orang tertua melengkapkan kesemua 14 gunung di dunia melebihi 8,000 meter dan setakat ini telah berjaya menakluki 12.

    Kesemua 13 percubaannya sebelum ini pada sasaran ke-13, Dhaulagiri setinggi 8,167 meter di Nepal, gagal dan percubaan terbaharunya berakhir kurang 700 meter dari puncak.

    “Dia mengalami kecederaan kaki selepas kemalangan pada paras melebihi 7,500 meter,” beritahu Thaneshwor Guragain dari Seven Summit Treks, penganjur ekspedisinya, kepada AFP.

    “Dia telah dibawa turun ke Kem 2 semalam dan sedang diterbangkan ke Kathmandu hari ini.”

    Satu catatan di laman Facebooknya semalam berkata salah seorang pemandu Nepal dari pasukannya terjatuh dan kemalangan itu menyebabkan dia patah kaki.

    Satu lagi mesej pada hari ini mengesahkan bahawa Fontan telah kembali ke ibu negara Nepal untuk rawatan, mengucapkan “terima kasih kepada awda semua atas sokongan awda”. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Banjaran Himalaya dilihat dari kemuncak Gunung Everest di Nepal. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...