AUSTIN, 19 Okt – Sebastian Vettel sekali lagi akan mengambil pendekatan agresif dalam perebutan kejuaraan di Grand Prix Amerika Syarikat (AS) yang akan diadakan hujung minggu ini, kata pemandu Jerman itu semalam.
Bercakap kepada pemberita menjelang perlumbaan Ahad ini di mana dia akan cuba menghalang Lewis Hamilton daripada menewaskannya untuk merangkul kejuaraan kelima, Vettel bercadang untuk tampil seagresif yang mungkin.
Hamilton dari Mercedes yang juga juara dunia empat kali akan muncul juara tahun ini jika dia berjaya mengatasi pemandu Ferrari, Vettel yang juga mengumpul jumlah kejuaraan yang sama, dengan kelebihan lapan mata.
“Saya rasa ia cukup mudah bagi kami,” kata Vettel. “Kami ketinggalan jauh jadi kami perlu fokus untuk menang dan kemudian lihat apa yang pasukan lain lakukan.
“Ia cukup jelas bagi kami. Saya sentiasa mencuba untuk menang dan saya rasa anda perlu menjadi agresif untuk menang dan sudah tentu anda perlu mencari keseimbangan yang betul.

“Anda tidak boleh melakukan perkara yang bodoh atau tidak menamatkan perlumbaan, kerana dengan cara itu anda tidak akan menang.
“Saya tahu apa yang diperlukan, tahu apa yang perlu dilakukan dan kami tahu kami perlu mengambil risiko lebih kerana kami tidak berada dalam kedudukan selesa untuk mengawal jurang kejuaraan kerana kami tidak mempunyainya.”
Melihat kembali kejuaraan baru-baru ini dalam kejohanan itu, dia berkata ia agak jelas bahawa Mercedes telah mengungguli kejohanan itu.
“Ia cukup jelas, anda hanya perlu melihat mata perlumbaan,” katanya. “Bagi kami, malangnya, beberapa perlumbaan tidak memihak kepada kami dan mereka dapat manfaat daripada itu.
“Ia bukan hanya kami menyingkirkan diri dan mereka berada di sana, saya fikir mereka harus juga melakukan tugas mereka dan mereka melakukannya dengan jayanya untuk mendapatkan mata,” katanya. – AFP