Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Miss Tagang Semadang’ dibuka kepada semua kaum

    KUCHING, 3 Ogos – Berikutan minat yang sangat menggalakkan untuk menyertai pertandingan ratu cantik ‘Miss Tagang Semadang 2018’, penganjur membuat keputusan untuk membuka pertandingan itu kepada wanita yang masih bujang daripada semua kaum.

    Penyelaras pertandingan, Alvine Ngu Fung Ling berkata pertandingan itu dibuka kepada wanita bujang penduduk tempatan serta warga asing daripada semua kaum dan mesti berumur antara 17 hingga 30 tahun setakat 1 Sept 2018.

    Beliau berkata peserta mesti sekurang-kurangnya 5 kaki (1.5 meter) tinggi, dan mereka yang pernah memenangi pertandingan ratu cantik di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa juga layak mengambil bahagian.

    Juara akan menerima hadiah wang tunai RM1,500, tiara dan beberapa hadiah lain.

    Ngu berkata pusingan awal untuk memilih 12 peserta terbaik akan diadakan pada 12 Ogos manakala pertandingan akhir pula berlangsung pada 1 September bersempena perasmian Festival Tagang Antarabangsa Seemadang 2018 di Kampung Semadang, Jalan Borneo Heights, kira-kira 40 km dari Bandaraya Kuching. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda