Mississippi dilanda puting beliung

MISSISSIPPI, 3 MEI – Beberapa puting beliung dilaporkan melanda di seluruh Mississippi semalam, menyebabkan beberapa kerosakan tetapi tidak ada sebarang kecederaan berlaku dilaporkan.

Ribut melanda negeri itu petang kelmarin dan waktu malam. ‘Darurat tornado’ diumumkan untuk Kota Tupelo dan kawasan sekitarnya. Ahli meteorologi menggesa penduduk untuk berlindung.

“Kerosakan telah dilaporkan di Kota Tupelo,” kata pejabat Datuk Bandar di laman Facebook sebelum pukul 11 malam. “Kru kecemasan sedang menilai tahap kerosakan. Tolong jangan keluar dan memandu.” Gambar-gambar yang dikongsikan di Twitter oleh Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan di Memphis menunjukkan beberapa pokok tumbang dan saluran elektrik terputus. Sekolah Menengah Tupelo mengalami beberapa kerosakan, begitu juga rumah dan perniagaan. – AP