Missy Elliot tunjuk minat kolaborasi dengan BTS

Penyanyi rap Missy Elliott memberi bayangan dia berminat untuk berkolaborasi dengan kumpulan K-Pop terkenal iaitu BTS.

Menerusi laman Twitter, seorang peminat meluahkan rasa teruja ingin melihat kerjasama antara dua nama besar dalam industri muzik.

“Tolong Missy Elliot berkolaborasi dengan BTS. Saya tidak mahu tinggalkan dunia ini tanpa sesuatu daripada kalian,” tulis individu tersebut.

Missy Elliot turut membalas status itu dengan mengatakan sudah tentu dia berminat dengan cadangan itu dan berharap BTS akan menghubunginya untuk bekerjasama.

“Sudah tentu ia panggilan daripada mereka, saya akan bersetuju,” katanya. Tweet tersebut mendapat perhatian peminat mereka yang teruja dengan kenyataan Missy Elliot itu.

Malah, Missy Elliot juga membalas setiap maklum balas peminat dengan memberikan emoji berbentuk ‘love’. – Agensi

Peminat mahu melihat kerjasama Missy Elliot dengan BTS. -Agensi