Wednesday, February 19, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Misteri kehilangan si gadis rupawan

    ULASAN BUKU OLEH RAZ AS

     

    SARAH Cook, seorang gadis remaja rupawan berambut perang telah didapati hilang 15 tahun dahulu, pada malam yang sama di mana kejadian berdarah menimpa keluarganya di kediaman mereka di pinggir bandar Ohio. Kedua-dua ibu bapa Sarah telah didapati mati dibunuh dengan kejam.

    Teman lelakinya, Brad Stockton, adalah seorang berkulit gelap yang berada di tempat yang salah, telah didakwa atas tuduhan membunuh. Dia kini berhadapan dengan hukuman mati, meskipun dia berulang kali menafikan pertuduhan tersebut.

    Dengan tarikh hukuman yang hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi, kakak Brad mendakwa bahawa dia telah melihat keberadaan Sarah di sebuah stesen minyak tempatan.

    Oleh itu, demi menyelamatkan nyawa adiknya, dia telah mengupah Roxane Weary, seorang penyiasat persendirian untuk meneliti kembali kes tersebut.

    Novel The Last Place You Look hasil karya debut daripada Kristen Lepionka ini mengisahkan mengenai seorang gadis remaja rupawan berambut perang telah didapati hilang secara misteri. Manakala seorang penyiasat cuba merungkai segala misteri ini. Jadi apakah yang berlaku? Dapatkan segera novel ini.
    Novel The Last Place You Look hasil karya debut daripada Kristen Lepionka ini mengisahkan mengenai seorang gadis remaja rupawan berambut perang telah didapati hilang secara misteri. Manakala seorang penyiasat cuba merungkai segala misteri ini. Jadi apakah yang berlaku? Dapatkan segera novel ini.

    Didorong dengan peristiwa kematian ayahnya yang merupakan seorang anggota polis, Roxane mendapati bahawa dia sangat tertarik dengan kes kehilangan Sarah.

    Gerak hati Roxane kuat mengatakan bahawa kehilangan gadis itu ada mempunyai hubung kait dengan sebuah kes pembunuhan yang gagal diselesaikan oleh ayahnya yang juga melibatkan seorang gadis remaja.

    Walaupun Roxane sedar bahawa dia mungkin sahaja akan mengundang padah kepada dirinya sendiri, namun dia berharap agar dapat menyelamatkan nyawa Brad dan nyawanya sendiri.

    Novel The Last Place You Look adalah merupakan sebuah karya debut daripada Kristen Lepionka yang pastinya akan memukau minat pembaca.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda