Thursday, October 10, 2024
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Misteri si pemilik nama

    AKU termenung seketika. Hari ini, genaplah lima bulan pemergian dua insan yang paling Aku cintai iaitu mama dan papa. Aku kini tinggal bersama-sama dengan nenek dan atok ku yang berada di kampung. Suasana kampung memang amat berbeza sekali dengan suasana bandar kerana Aku yang sememangnya lahir di bandar besar yang penuh dengan suara kebinggitan warga kota. Aku juga tiada adik-beradik yang lain oleh sebab itu nenek aku terus membawa Aku pulang ke Sabah tempat kelahiran mama ku yang berketurunan bumiputera iaitu berbangsa Bugis.

    Nama Kampung yang Aku duduk ini adalah Kampung Mostyn iaitu sebuah kampung yang bolehlah di katakan pedalaman kerana lebih kurang 5 km daripada pekan Kunak ini kerana ia adalah sebuah daerah yang kecil sahaja dan terletak di tengah-tengah antara Bandar Tawau dan Lahad Datu. Bermula kehidupan baharu dengan tinggal di kawasan pedalaman dan tinggal bersama-sama nenek dan atok Aku. Walaupun kampung ini terletak di kawasan pedalaman namun mempunyai keistimewaannya yang tersendiri sehingga telah membuat aku jatuh cinta dengan keindahan ciptaan tuhan ini.

    Ceritanya bermula apabila terdapat sebuah kampung iaitu Kampung di kawasan pedalaman yang ramai bilangan penduduknya dan kerja penduduk kampung ini dengan menangkap ikan di sungai serta bercucuk tanam. Tok Madi adalah penghulu bagi kampung itu dan beliau seorang ketua kampung yang sangat bertanggungjawab dalam menguruskan kampungnya sehingga kampungnya sentiasa mendapat tempat pertama jika bertanding dengan kampung-kampung yang lain terutamanya kebersihan dan kecantikan kampung tersebut. Tapi pada suatu hari terdapat desas-desus yang mengatakan terdapat seorang penduduk kampung iaitu Abang Lesang yang merupakan penangkap ikan di sungai dan telah melihat bayangan seperti seekor buaya yang besar tetapi apabila Abang Lesang menggocak-ngocakkan air tiba-tiba bayangan itu telah hilang.

    Pada waktu pagi itu Pak Mail dan Abang Lesang memulakan kerja harian mereka dengan menangkap ikan di sungai setelah selesai menangkap ikan Abang Lesang dan Pak Mail pun duduk berehat di tepi tebing sungai. “Lesang mari la duduk di tepi pokok ini, cuaca panas betul hari ini.” “Erm… ndak apa lah Pak Mail kejap lagi saya duduk di situ setelah selesai tugas saya ini.”

    Pak Mail yang kesiankan Lesang yang bertungkus-lumus memasukkan ikan ke dalam baldi besar hasil daripada tangkapan mereka berdua. Lalu setelah selesai memasukkan ikan di dalam baldi Lesang pun berjalan ke arah Pak Mail, dan secara tiba-tiba Lesang terlihat sesuatu benda yang lalu di sebalik semak samun itu dan matanya terus melirik apa yang ada disebalik semak tersebut. “Pak Mail cuba kau tengok di sebalik semak samun itu”

    “Kenapa?” soal Pak Mail dengan nada yang ketakutan. “Saya rasa ada benda bha yang bergerak disebalik semak samun itu, tapi benda tersebut bergerak dengan pantas sekali seperti panahan kilat.”

    Keesokkan harinya, Lesang pergi sendirian menangkap ikan kerana Pak Mail tidak dapat mengikutinya kerana Pak Mail pergi ke rumah Abangnya yang terletak di Kampung Bahgiang. Sedang Lesang berjalan menuju ke arah sungai tersebut dia terlihat seekor buaya yang sedang berjemur di tepi sungai, lantas Lesang terus bersembunyi di sebalik semak samun yang berdekatan dengan tepi tasik itu. Dengan perasaan takut bercampur perasaan ingin tahu telah memberikan keberanian walaupun hanya sekecil zarah sahaja untuk melihat buaya tersebut dari jauh. “Aku macam ndak percaya ada seekor buaya putih yang besar tinggal di sungai ini padahal telah lama aku menangkap ikan di sini” Lesang berbicara dalam hatinya.

    Lesang sangat terkejut dan panik melihat susuk tubuh buaya itu yang sememangnya pelik dan aneh kerana warna buaya tersebut berwarna putih yang cukup terang dan saiz buaya tersebut 3 kali ganda daripada saiz asal buaya. Lesang terus berlalu pergi, niat untuk menangkap ikan di sungai terbatal kerana dia sendiri ketakutan dan hendak menceritakan hal ini dengan Pak Mail terlebih dahulu.

    Selepas seminggu berlalu Pak Mail dan Lesang menunggu untuk melihat sendiri adakah Lesang itu bercakap dengan benar atau di sebaliknya namun tiada juga munculnya haiwan yang di kata oleh lesang itu. “Lesang!!!!!!!!!” “Kau ini biar betul kau tengok buaya tu, jangan-jangan kau salah tengok atapun kau bermimpi hari tu.” “Betul Pak Mail saya ndak tipu. saya tengok sendiri bah dengan kepala mata saya sendiri yang itu memang seekor buaya putih gergasi”

    Dengan keadaan yang marah Pak Mail mula bergerak dari sebalik semak samun itu. Tiba-tiba muncul seekor buaya putih gergasi itu berjalan ke arah tebing sungai. Buaya tersebut merangkak dengan perlahan-lahan menuju ke arah sungai sambil melibas-libas ekornya yang panjang itu. Setelah melihat buaya tersebut Lesang terus menarik tangan Pak Mail untuk bersembunyi semula di tepinya, dan mengarahkan dia senyap kerana tetamu yang mereka tunggu telah pun berada di depan mata. Semasa Pak Mail hendak duduk bersembunyi dia tidak sengaja terpijak ranting kayu dan telah menarik perhatian buaya tersebut. “Ya ampun macam mana boleh terpijak ranting ni….” dengan nada ketakutan.

    “Shutt …Jangan bising nanti buaya tu nampak kita di sini”

    Sedang hangat mereka bersembang, secara tak langsung telah menarik perhatian buaya tersebut untuk melihat mereka berdua. Pak Mail melihat mulut buaya sedang membuka luas mulutnya dengan menampakkan giginya yang besar dan tajam itu. Tanpa melengahkan masa Pak Mail terus membawa Lesang berlari bersama-sama tanpa menoleh lagi ke belakang dek takut jika buaya itu memakan mereka.

    Selepas kejadian itu, berita mula tersebar luas dan tiada sesiapa yang berani menangkap ikan di sungai itu. Punca makanan mereka juga semakin hari semakin berkurangan akibat takut untuk pergi menangkap ikan di sungai tersebut. Penghulu kampung semakin risau dan khuatir jika keadaan ini semakin berpanjangan. Beliau telah mati akal untuk mengusir buaya itu dari sungai itu malah strategi untuk menangkap buaya itu pun tidak menjadi. Tiba-tiba datang seorang pahlawan kampung menawarkan diri untuk menangkap dan membunuh buaya tersebut. “Tok penghulu jangan khuatir lagi kerana saya sendiri yang akan membunuh buaya gergasi itu, dan memberikan keamanan kepada kampung kita ini” kata Pahlawan Larada itu kepada Tok penghulu dengan megahnya dia berkata dan terus berlalu pergi ke sungai tersebut. Namun begitu, Pahlawan Larada telah menjadi korban semasa berlawan dengan buaya gergasi tersebut walhal segala senjata seperti pedang, lembing, dan panah semua telah digunakan tetapi tidak juga dapat membunuh buaya itu. Kulit buaya tersebut yang sungguh keras seperti perisai yang kebal tiada sedikit pun kesan luka akibat daripada senjata yang digunakan. Akhirnya Pahlawan Larada terkorban dan Tok Penghulu pula semakin risau perkara ini akan berlarutan tanpa ada penyelesaian yang kukuh.

    Setelah berfikir panjang Tok Penghulu pun mengambil keputusan untuk berpindah ke kampung yang baharu. Walaupun teramat sedih kerana baginya dia seorang ketua yang tidak boleh diharap dalam menjaga keamanan penduduk kampungnya, dan pada masa yang sama juga penduduk kampung dengan rela hati bersetuju daripada keputusan tok penghulu tersebut walaupun berat untuk di terima.

    Tok Penghulu dan penduduk kampung pun mula bergerak untuk keluar dari rumah masing-masing tetapi tiba-tiba datang seorang lelaki misteri yang lengkap bersenjata berdiri di hadapan rumah Tok Penghulu. Badannya tingggi lampai, gagah perkasa, dan nama lelaki tersebut adalah Pahlawan Mostyn berasal daripada Bukit Menumbuk. Dia Bertanyakan arah sungai yang dimaksudkan oleh seluruh daerah ini.

    “Dimanakah sungai yang mempunyai buaya gergasi itu.” “Siapakah gerangan orang muda datang bertanyakan hal sedemikian?” Tanya tok penghulu kampung dengan perasaan yang ingin tahu. “Saya ingin membunuh buaya tersebut kerana telah membunuh sahabat ku ”

    Lelaki itu ingin membalas dendam di atas kematian sahabatnya iaitu Pahlawan Larada kerana telah di bunuh oleh buaya putih gergasi itu. Lantas tok penghulu memberi arah di mana letaknya sungai tersebut. Pada masa yang sama Tok penghulu mengajak lelaki misteri itu bermalam di rumahnya.

    Pada malam tersebut Tok Penghulu telah mendapat mimpi yang aneh iaitu kampung tersebut akan di landa musibah akibat kematian seorang wanita cantik berbaju putih di tepi sungai di kampung mereka. Tok Penghulu pun menganggap itu sebagai satu petanda buruk yang akan di terima oleh penduduk kampung tersebut.

    Keesokkannya lelaki misteri itu ataupun di kenali sebagai Mostyn segera menuju ke sungai tersebut dan pertarungan buaya gergasi putih itu. Pahlawan Mostyn mengambil masa yang panjang sehingga berlarutan kepada dua hari satu malam dan pada hari ke 2 tersebut Mostin telah mengalahkan buaya putih tersebut. Terlantar sekujur mayat buaya itu di tebing sungai tetapi tiba-tiba keluar cahaya yang terang dari tubuh buaya putih itu dan berubah menjadi susuk tubuh seorang wanita cantik yang sedang nazak. Wanita itu seperti berbisik mengatakan sesuatu kepada tok penghulu.
    “Kampung ini akan dilanda banjir dan berlaku malapetaka selepas 7 hari mayat ku di tanam”

    Wanita itu memberitahunya cerita sebenar tentang suaminya yang kejam telah menyumpahnya menjadi seekor buaya putih gergasi. Kemudian telah membunuhnya dengan cara yang kasar kerana lelaki yang membunuhnya bukanlah seorang manusia yang baik hati tetapi seorang yang kejam kerana memiliki hati yang gelap. Setelah Tok Penghulu mengetahui hal tersebut Tok Penghulu meminta maaf dan menanamkan mayat wanita itu ditempat yang tidak diketahui di kampung tersebut dan lelaki misteri itu hilang secara tiba-tiba tanpa dikesan oleh penduduk kampung tersebut.

    Itulah saat terakhir tok penghulu melihat wanita tersebut. Suara wanita tesebut masih lagi terngiang-ngiang di hujung telinga tok penghulu. “Tidak mungkin perkara sedemikian akan terjadi,” kata tok penghulu untuk mententeramkan hatinya yang gundah gulana itu. Tok penghulu dan penduduk kampung mengadakan majlis keramaian iaitu pada malam ketujuh bersamaan dengan hari jumaat kerana mereka akhinya selamat daripada buaya tersebut.

    Pada malam majlis keramaian itu penduduk kampung yang sedang asyik kegembiraan tiba-tiba dikejutkan oleh suara kilat dan guruh yang berdentum dengan kuatnya yang bertukar secara tiba-tiba. Malah pada saat itu air sungai yang tenang berubah menjadi ombak yang besar dan deras sekali gus telah meranapkan rumah dan mentenggelamkan kampung itu dengan tanpa belas kasihan. Seluruh penduduk kampung itu telah mati di bawa arus deras akibat banjir besar tersebut.

    Anim yang sedang khusyuk mendengar cerita neneknya itu tiba-tiba dikejutkan dengan suara azan yang berkumandang yang menandakan telah masuk waktu maghrib. “Nek… bagaimana pula lelaki itu nek, adakah dia datang semula ke kampung ini?” “Nenek pun tidak mengetahui cerita lelaki misteri itu Anim” “Oh..sekarang barulah Anim faham nek mengapa kampung ini di panggil kampung mostyn, sebab menggunakan nama pahlawan misteri itu kan”

    “Iya sayang, dan sebab itulah kamu mengapa berasa pelik dan mendengar suara halus kerana nenek moyang kita merupakan keturunan daripada buaya putih gergasi itu.

    “Terang nenek kepada cucunya yang sememangnya sangat naïf dan khusyuk mendengar ceritanya dari awal sehinggalah ke hari ini sambil mengusap-usap kepala cucunya itu dengan lembut. Nenek kemudian mengajakku masuk kedalam rumah kerana maghrib telah pun masuk. “Nek.. Anim angkat baju dulu di ampaian bawa ya. Nanti Anim naik kemudian.” Jelas Anim kepada neneknya itu.

    Aku pun menuruni tangga untuk pergi mengutip pakaian yang masih bersisa di ampaian. Setelah habis mengutip baju-baju di ampaian tiba-tiba, Aku merasa seperti melihat satu cahaya putih di sebalik pokok durian di tepi bucu rumah. Kemudian Aku menggosok-gosok mata ku kerana mungkin imaginasi sahaja tetapi aku melihat dengan jelas cahaya tersebut menampakan seperti susuk tubuh manusia. Susuk tubuh itu merupakan wanita yang cantik sambil tersenyum dan melambai-lambaikan tangannya kepada ku. “Tidak mungkin perkara ini benar” kataku dalam hati.

    Lantas Aku mengambil pakaian tersebut dan terus berlari laju untuk naik semula ke dalam rumah. Sedang aku berlari aku sempat menoleh ke arah belakang jikalau wanita itu masih ada lagi di sebalik pokok tersebut namun kelibat wanita itu telah tiada.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda