Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Mitchell, Walker-Peters wakili skuad England

    LONDON, 22 MAC – Pemain Crystal Palace, Tyrick Mitchell dan pemain Southampton, Kyle Walker-Peters telah dipanggil menyertai skuad senior England buat kali pertama sejak Aaron Ramsdale, Trent Alexander-Arnold, Reece James dan Tammy Abraham menarik diri akibat kecederaan.

    Ketiga-tiga pemain berkenaan mengalami kecederaan dengan Tammy Abraham juga tidak dapat beraksi walaupun bermain dan menjaringkan dua gol buat Roma ketika berdepan Lazio di Rom Sabtu lalu.

    Penjaga gol West Brom, Sam Johnstone dan penyerang Aston Villa, Ollie Watkins juga ditambah kepada skuad Gareth Southgate untuk perlawanan persahabatan menentang Switzerland dan Ivory Coast.

    Johnstone pernah tiga kali mewakili England dan pastinya berharap kepercayaan Southgate boleh meningkatkan peluang Manchester United menawarkan kontrak kepadanya pada musim panas ini.

    Watkins memiliki lima perlawanan antarabangsa bersama England dan sering keluar masuk dalam skuad itu dengan Tammy Abraham sebenarnya dipilih terlebih dahulu kali ini.

    Bekas bintang Chelsea itu sudah menjaringkan 23 gol pada penampilan pertamanya di Itali, mencipta rekod baharu kelab di Roma yang sebelum ini dipegang Gabriel Batistuta.

    Namun dia akan terlepas aksi persahabatan menentang Switzerland dan Ivory Coast sama seperti Alexander-Arnold dan James. – AFP

    Gambar fail menunjukkan Tyrick Mitchell (kiri) cuba menyekat pemain Manchester City Riyad Mahrez dalam perlawanan di antara Crystal Palace dan Manchester City di stadium Selhurst Park di London. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...