Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    MITI harap hubungan perdagangan Malaysia-China terus kukuh

    KUALA LUMPUR, 6 JAN – Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berharap hubungan perdagangan Malaysia-China akan terus diperkukuhkan menerusi penglibatan berterusan antara kedua-dua negara, kata menterinya Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

    Beliau berkata demikian menerusi laman Twitternya selepas bertemu dengan Duta China ke Malaysia, Ouyang Yujing, hari ini.

    Semasa pertemuan tersebut, antara perkara yang dibincangkan adalah hubungan perdagangan dan pelaburan antara Malaysia dan China serta langkah-langkah untuk mengukuhkan lagi hubungan dua hala, katanya.

    China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia selama 13 tahun berturut-turut (2009-2021). – Bernama

    Gambar Kredit: laman Facebook Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Malaysia. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...