Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    MK bimbang kesihatan ibu

    Tinggal berjauhan dengan keluarga merupakan antara pengorbanan terpaksa dilakukan penyanyi rap MK apatah lagi ketika ini kesihatan ibu tersayang tidak mengizinkan.

    Sebak mengenangkan ibu tercinta di Tawau, Sabah, MK atau Muhammad Hairi Amin Hamdan, 26, berkata, dia walau bagaimanapun bersyukur kerana keluarga di kampung halaman memahami tanggungjawabnya untuk mencari rezeki di Kuala Lumpur.

    “Kalau bercakap tentang hal ibu, saya memang sedih. Saya hanya harapkan doa daripada peminat dan semua yang mengenali saya untuk sentiasa doakan syurga saya.

    “Setiap orang ada pengorbanan tersendiri… untuk saya adalah terpaksa tinggal berjauhan dengan keluarga.

    “Syukur Alhamdulillah, ibu saya memahami dan dia tahu anaknya ini merantau demi mencari rezeki.

    MK akui dirinya seorang ‘anak emak’. – Agensi

    Setiap hari saya akan menelefon ibu di kampung dan minta dia doakan kejayaan saya,” katanya kepada mStar.

    MK yang juga anggota kumpulan K-Clique ditemui pada majlis Kejayaan Pelajar Cemerlang SPM 2021 PTTI yang mana dia merupakan salah seorang ikon bagi pusat tuisyen atas talian tersebut.

    Baru-baru ini tular rakaman memperlihatkan penyanyi rap itu pulang ke Tawau bagi menjenguk ibunya yang kurang sihat dan ia menjadi perbualan ramai apabila MK mengetuai bacaan doa buat ibunya.

    Sementara itu, bercakap mengenai penglibatannya dengan PTTI, MK melihat ia satu penyebab untuk dirinya berubah menjadi insan lebih baik memandangkan dirinya merupakan ikon golongan pelajar sekolah.

    Dalam masa sama, MK juga tidak dapat menolak pertikaian sesetengah pihak yang menganggap artis sepertinya kurang sesuai dijadikan contoh dalam kalangan pelajar sekolah.

    Sebagai seorang yang turut memiliki diploma dalam bidang pengurusan perniagaan, MK juga sedar menuntut ilmu adalah sangat penting buat semua orang.

    “Menuntut ilmu adalah sangat penting untuk semua orang kerana itu adalah salah satu tujuan hidup,” ujarnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...