Saturday, December 2, 2023
22.9 C
Brunei

    -

    MK Land FC hargai sumbangan Allahyarham Mustapha Kamal

    KUALA LUMPUR, 25 JULAI – Pemergian tokoh korporat ternama, Allahyarham Tan Sri Mustapha Kamal Abu Bakar turut dirasai warga bola sepak Malaysia kelmarin.

    Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam hantaran Facebook kelmarin menghargai sumbangan Allahyarham terhadap industri bola sepak menerusi penampilan MK Land FC dalam saingan Liga FAM sebelum berjaya menembusi kancah Liga Premier pada musim 2004 hingga 2005.

    Kemunculan kelab tersebut secara tidak langsung memperkenalkan bekas penyerang import sensasi Liga Malaysia, Marlon Alex James selain beberapa pemain tempatan antaranya Mohd Noor Derus, Abdul Ghani Abdul Rahman, Ooi Hoe Guan dan Leong Hong Sen.

    “Legasi Allahyarham adalah Akademi NPNG-Emkay yang terus memberi ruang kepada remaja di peringkat akar umbi untuk aktif dalam bola sepak,” menurut hantaran itu.

    Dalam pada itu, tinjauan Bernama di platform media sosial mendapati rata-rata peminat bola sepak tempatan turut menzahirkan rasa sedih atas pemergian Allahyarham dan berterima kasih atas jasa yang dicurahkan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    34 paus mati terdampar di Tasmania

    SYDNEY, 1 DIS – Sekumpulan 34 ekor ikan paus pilot ditemukan mati terdampar di sebuah pantai di pulau Tasmania, Australia, menurut laporan media tempatan...