Tuesday, December 3, 2024
24.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    MKM adakan Doa Selamat

    Majlis Sembahyang Maghrib dan Isyak berjemaah serta Membaca Doa Selamat bersempena dengan penempatan baru premis MKM dan diteruskan dengan mendoakan ahli mereka yang bertolak ke Perkhemahan Pelarian di Cox Bazar, Bangladesh.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Feb – Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM), petang tadi, telah mengadakan Majlis Sembahyang Maghrib dan Isyak Berjemaah serta Membaca Doa Selamat bersempena dengan penempatan baru premis MKM di Kampung Sungai Hanching.

    Majlis juga diteruskan bagi mendoakan 12 orang ahli mereka yang bertolak ke Perkhemahan Pelarian di Cox Bazar, Bangladesh sebagai misi kemanusiaan kali kedua di sana.

    Rombongan MKM yang diketuai oleh Presiden MKM, Datin Paduka Hajah Intan binti Haji Mohd Kassim itu akan bertolak ke Perkhemahan Pelarian Balukhali Rohingya pada Mac depan dan akan menyerahkan 4,760 pek makanan kepada keluarga pelarian. (Klik di sini untuk cerita lanjut)

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda