Wednesday, November 6, 2024
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    MKM anjur Mesyuarat Agung ke-6

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 OKT – Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) telah mengadakan Mesyuarat Agung kali ke-6 kelmarin, yang berlangsung Dewan Citra Budaya, Bangunan Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

    Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah pengundian bagi memilih ahli Jawatankuasa Tadbir Sesi 2024-2026 selain pembentangan Laporan Bendahari dan Laporan Setiausaha Agung.

    Di samping itu, Yang Dipertua MKM, Awang Mohd Yusof Shaik bin Abdul Halim telah mengongsikan laporan aktiviti yang telah dilaksanakan serta perjalanan kewangan MKM.

    “Dengan penglibatan generasi pelapis MKM yang sedia ada, diharapkan mereka akan bersedia dari awal untuk meneruskan apa yang telah dilaksanakan pada masa ini,” jelasnya.

    Sejak MKM ditubuhkan pada 2 Disember 2009, MKM terus bergiat aktif dalam mengungkayahkan pelbagai aktiviti dan projek kemasyarakatan khususnya dalam mengelinga golongan yang kurang berkemampuan di negara ini.

    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    ATAS & BAWAH: Antara yang hadir semasa Mesyuarat Agung MKM kali ke-6 di Dewan Citra Budaya, KKBS. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    Setakat ini, MKM telah membantu 83 keluarga yang terdiri daripada klien-klien MKM dengan pengagihan makanan asasi setiap bulan.

    Dalam pada itu, MKM juga membantu para pelajar daripada kalangan keluarga klien MKM meliputi sekolah rendah, menengah sehingga institusi pengajian tinggi dengan pelbagai bentuk bantuan dan sumbangan.

    Sementara itu, MKM juga meng-hulurkan sumbangan di peringkat serantau dan antarabangsa seperti Bangladesh dan Palestin, di samping projek tahunan MKM ketika menjelang bulan Ramadan iaitu Sungkai Brunei dan Sungkai Bangladesh.

    Dalam projek Sungkai Brunei itu, MKM telah mengagihkan 800 pek makanan untuk berbuka puasa setiap hari bagi klien-klien MKM untuk tempoh 15 hari dalam bulan Ramadan, manakala Sungkai Bangladesh yang diadakan di negara itu, MKM telah menyumbangkan sebanyak 1,000 bungkusan makanan setiap hari sepanjang Ramadan.

    Di samping menganjurkan beberapa aktiviti kemasyarakatan dan keagamaan, sempena Aidiladha, MKM juga tidak ketinggalan mengadakan majlis ibadah korban di Bangladesh dengan penyembelihan kira-kira 25 ekor lembu dan 400 ekor kambing.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda