Thursday, February 20, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    MLS laksana VAR Ogos ini

    NEW YORK, 21 Julai – Major League Soccer (MLS) akan melaksanakan sistem video pembantu pengadil (VAR) pada Ogos, menjadikannya antara liga domestik pertama menggunakan sistem kajian semula video, sekali gus menerima pujian dari Presiden FIFA Gianni Infantino pada persaingan Piala Konfederasi Jun lalu.

    “Pengenalan semakan video dalam perlawanan liga MLS adalah kemuncak penyelidikan lebih tiga tahun menyeluruh dan ujian terhadap teknologi kajian video oleh MLS dan Pertubuhan Pengadilan Profesional (PRO),” kata MLS dalam satu kenyataan semalam.

    “Dalam tambahan kepada VAR dan sesi pendidikan, persediaan melibatkan lebih 100 perlawanan dan ujian luar talian di stadium seluruh negara memberikan peluang latihan yang tidak ternilai bagi VAR dan pengadil.”

    Kenyataan menyebut MLS dan PRO bergabung bersama United Soccer League untuk memudahkan ujian pertama terhadap sistem terbabit dalam perlawanan secara langsung pada 12 Ogos 2016.

    Liga Australia April lalu mengumumkan ia akan menjadi liga domestik peringkat tinggi pertama dunia untuk melaksanakan sistem VAR.

    Midfield D.C. United Ian Harkes (kiri) meraikan gol semasa menentang Seattle dalam aksi MLS di Seattle, kelmarin. MLS akan melaksanakan sistem VAR Ogos ini selepas penyelidikan selama tiga tahun. – AP
    Midfield D.C. United Ian Harkes (kiri) meraikan gol semasa menentang Seattle dalam aksi MLS di Seattle, kelmarin. MLS akan melaksanakan sistem VAR Ogos ini selepas penyelidikan selama tiga tahun. – AP

    Jerman dan Portugal dilibatkan dalam ujian itu dalam beberapa musim mendatang mereka. Infantino menyatakan teknologi itu akan digunakan pada Piala Dunia 2018.

    MLS akan mula menggunakannya pada 5 Ogos depan selepas perlawanan persembahan All-Star Game pertengahan musim. Ia akan digunakan bagi musim selebihnya termasuk playoff Piala MLS dan perlawanan Piala MLS.

    Di bawah sistem yang digariskan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (IFAB), ahli kelima kru pengadilan, VAR akan diletakkan di sebuah pondok di stadium itu dan mempunyai akses kepada semua sudut penyiaran.

    VAR akan memeriksa bagi kedudukan yang berpotensi silap dan jelas atau insiden yang terlepas pandang dalam empat kedudukan yang menukar perlawanan: jaringan, keputusan sepakan penalti, layangan kad merah dan kes-kes kesilapan identiti.

    Sistem itu diuji dalam skala antarabangsa pada Piala Konfederasi di Rusia, di mana Infantino berkata enam keputusan yang menukar perlawanan bermakna ‘lebih banyak keadilan dan perlawanan adil’ biarpun beberapa panggilan mengelirukan dan penangguhan perlawanan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda