Friday, September 30, 2022
24.8 C
Brunei

MLTR bakal gegar Genting Highlands

-

Kumpulan muzik Denmark, Michael Learns To Rock (MLTR) akan mengubat rindu peminat pada Konsert MLTR Back On The Road Tour Live In Malaysia di Arena of Stars, Resorts World Genting, Genting Highlands, pada 22 Oktober depan.

Resorts World Genting dalam kenyataan menyebut kali terakhir trio dianggotai Jascha Ritcher, Mikkel Lentz dan Kåre Wanscher itu menjayakan siri jelajah Asia adalah pada 2018.

MLTR membuat kemunculan sulung pada 1991 melalui album yang menggunakan nama kumpulan itu sebagai judul. Produk sulung itu menyaksikan single The Actor ‘meledak’ dalam carta lagu antarabangsa.

Selepas itu, MLTR meraih populariti dengan rangkaian lagu seperti Take Me To Your Heart, 25 Minutes, That’s Why You Go Away dan Paint My Love.

Sepanjang pembabitan mereka, MLTR menghasilkan sembilan album dan 19 album kompilasi.

Album berjudul Still adalah bingkisan kesembilan yang dilancarkan pada Mac 2018 disusuli siri jelajah Asia, kemunculan terakhir sebelum dunia dilanda pandemik COVID.

Sepanjang karier lebih tiga dekad, MLTR merangkul pelbagai anugerah emas, platinum dan multiplatinum. Bukan itu sahaja, kumpulan berasal dari Aarhus itu mencatat jualan lebih 11 juta album di peringkat global dengan lebih enam juta lagu mereka dimuat turun secara berbayar. – Agensi

MLTR akan mengubat rindu peminat pada Konsert MLTR Back On The Road Tour Live In Malaysia di Arena of Stars, Resorts World Genting, Genting Highlands. – Agensi
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China: Tiada siapa berhak guna veto nasib rakyat Palestin

BEIJING, 29 SEPT - China menegaskan tiada siapa berhak menggunakan kuasa veto masing-masing dalam isu-isu mengenai masa depan dan nasib rakyat Palestin, lapor agensi...
- Advertisment -