Sunday, March 23, 2025
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    MMN akan bersidang 26 Februari ini

    Oleh Nurdiyanah R.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 FEB – Majlis Mesyuarat Negara (MMN) memaklumkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah mengurniakan titah perkenan bagi Musim Permesyuaratan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) ke-21 untuk bermula pada 27 Syaaban 1446 Hijrah bersamaan dengan 26 Februari 2025 Masihi di Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, Negara Brunei Darussalam.

    Dalam pada itu, Musim Permesyuaratan MMN ke-21 akan dimulakan dengan Istiadat Pembukaan Rasmi Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan ke-21 MMN yang akan disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia dengan pengurniaan titah sebagai tanda bermulanya Mesyuarat Pertama Dari Musim Permesyuaratan ke-21 MMN.

    Istiadat Pembukaan Rasmi akan disiarkan secara langsung bermula 10:40 pagi menerusi saluran media rasmi Radio Televisyen Brunei.

    Gambar fail menunjukkan Persidangan MMN yang lalu. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda