BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MEI – Majlis Mesyuarat Negara telah menerima kunjungan lawatan kerja daripada rombongan Bangsamoro Attorney General’s Office (BAGO), pada hari ini, di Bangunan Dewan Majlis.
Lawatan kerja tersebut diadakan bertujuan bagi memerhati dan mempelajari amalan-amalan terbaik antara kedua-dua belah pihak.
Hadir bagi mengalu-alukan seramai 13 orang delegasi rombongan BAGO itu ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Johan Pahlawan Dato Seri Setia Haji Adanan bin Begawan Siraja Khatib Dato Seri Setia Haji Mohd Yusof.
