MMN terima lawatan perwakilan luar negara

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Jabatan Majlis-majlis Mesyuarat hari ini, telah menerima lawatan daripada rombongan perwakilan-perwakilan luar negara ke Negara Brunei Darussalam.

Lawatan dimulakan dengan taklimat dan penerangan mengenai Jabatan Majlis- Majlis Mesyuarat. Taklimat juga menyentuh mengenai cara-cara dan prosedur perundangan dalam meluluskan sebuah rang undang-undang sebelum dijadikan akta.

Selain daripada menyaksikan video korporat jabatan, rombongan juga berpeluang untuk membuat lawatan ke Dewan Persidangan Majlis Mesyuarat Negara (MMN) iaitu tempat Persidangan MMN diadakan setiap tahun bagi membincangkan belanjawan tahunan kerajaan Negara Brunei Darussalam

Melalui lawatan tersebut, diharapkan dapat memberikan gambaran yang lebih jelas kepada rombongan mengenai jabatan tersebut secara lebih meluas, di samping memberikan pendedahan kepada rombongan mengenai perjalanan MMN yang diadakan setiap tahun.

Gambar ramai perwakilan luar di hadapan Dewan Majlis Mesyuarat Negara.