Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    MMS bantu 30 keluarga kurang bernasib baik

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 APRIL – Buat tahun kedua berturut-turut, Muara Maritime Services Sdn Bhd (MMS) menganjurkan kegiatan amal Ramadan Charity Drive, sebagai sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat bagi memperingati bulan suci Ramadan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh MMS, di sini, hari ini, kegiatan amal pada tahun ini menumpukan pemberian sumbangan kepada keluarga-keluarga yang kurang bernasib baik yang dikenal pasti dalam komuniti setempat sekitar Mukim Serasa, pada masa yang sama, mempromosikan perniagaan kecil berasaskan komuniti dan organisasi bukan kerajaan.

    Kenyataan menyatakan bahawa pakej prihatin yang mengandungi barangan keperluan harian dan hamper Hari Raya, Bakul Kasih yang mengandungi kek dan biskut perayaan daripada perniagaan kecil berasaskan komuniti serta organisasi bukan kerajaan, yang telah disumbangkan oleh syarikat dan kakitangan, diserahkan kepada keluarga-keluarga yang kurang bernasib baik berkenaan.

    Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh pihak pengurusan dan kakitangan MMS dengan kolaborasi Big BWN Project.

    Sebanyak 30 buah keluarga kurang bernasib baik yang telah dikenal pasti telah menerima sumbangan berkenaan dan sekurang-kurangnya tiga lagi telah dijadualkan untuk mendapatkan kerja membaik pulih rumah kecil.

    MMS dalam kenyataan itu lagi, menyatakan harapan bahawa sumbangan akan dapat mengurangkan sedikit bebanan para penerima serta menyokong lagi pembangunan perniagaan-perniagaan kecil dan mereka yang berkeperluan khas.

    Pegawai dan kakitangan MMS bergambar bersama barangan sumbangan untuk keluarga kurang bernasib baik dalam program Ramadan Charity Drive baru-baru ini. – Gambar serahan Muara Maritime Services
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...