BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OKT – Telefon pintar iPhone 15 yang dinanti-nantikan kini ditawarkan dengan pakej menarik oleh DataStream Digital Sdn Bhd (DST) pada Majlis Pelancaran Mobi Bundles bagi model iPhone 15 dan iPhone 15 Pro bertempat di DST Airport Mall, Berakas, hari ini.
Majlis pelancaran disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif DST, Radin Sufri bin Radin Basiuni dan Timbalan Ketua Kumpulan Perbankan Runcit Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), Awang Junaidi bin Bahrum.
Semasa majlis, tetamu kehormat menyampaikan pakej Mobi Bundles iPhone 15 kepada dua pelanggan terawal, iaitu Lim Kian Kiong dan Teo Fui Fook.
Dengan pengenalan Mobi Bundles untuk siri iPhone 15 dan iPhone 15 Pro, pelanggan kini boleh mengalami sendiri teknologi termaju dan sambungan yang tiada tandingan pada harga yang berpatutan.
Pakej baharu DST ini bermula pada harga $1,037 sebagai bayaran pendahuluan untuk iPhone 15 yang datang bersama pelan Mobi 80. Dengan bayaran bulanan $80, pelanggan mendapat akses kepada pakej komprehensif termasuk panggilan tempatan tanpa had, SMS tempatan tanpa had dan data tempatan tanpa had.
Selepas menggunakan data 65GB, kelajuan muat turun akan dihadkan pada 512kbps, memastikan pelanggan boleh terus menikmati pengalaman dalam talian tanpa gangguan serta tanpa caj tambahan.
Sempena pelancaran pakej ini, DST juga menawarkan promosi eksklusif kepada pemegang kad kredit BIBD.
Pelanggan yang menggunakan BIBD World Mastercard akan menerima rebat $100, manakala pemegang BIBD Gold Mastercard, BIBD Platinum Mastercard atau BIBD Classic Mastercard akan menikmati rebat $50 apabila membuat pembayaran penuh mereka untuk melanggan Mobi Contract Bundle dengan iPhone 15 dan iPhone 15 Pro.
Menurut DST, model iPhone 15 dan iPhone 15 Pro mempunyai kualiti binaan yang luar biasa, kamera resolusi super tinggi dan ciri Dynamic Island yang inovatif.
Maklumat lanjut mengenai Mobi DST dan pakej iPhone 15 dan iPhone 15 Pro yang menarik, boleh didapati di laman web rasmi DST www.dst.com.bn.