DETROIT, 4 Jan – Pengeluar kereta elektrik pertama di dunia, Tesla Inc, sekali lagi gagal mencapai matlamat penghasilan bagi sedan barunya, Model 3.
Palo Alto, syarikat yang berpangkal di California telah mengeluarkan 2,425 buah Model 3 dalam suku keempat. Itu hanyalah sebahagian dari 20,000 buah setiap bulan yang telah dijanjikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Elon Musk pada musim panas lalu apabila kali pertama kereta itu mula dalam penghasilan.
Keseluruhan jualan syarikat ini melebihi sasarannya, dengan menghasilkan 101,312 buah sedan Model S dan SUV Model X pada tahun 2017, meningkat 33 peratus mengatasi 2016.
Namun semuanya tertumpu pada Model 3, iaitu kereta kos rendah dan mempunyai ketinggian isi padu yang pertama bagi Tesla. Ini sangat penting bagi matlamatnya menjadi pengeluar automobil dominan yang menguntungkan. Pada satu tahap Tesla mempunyai lebih 500,000 sasaran bakal pembeli dalam senarai menunggu bagi Model 3 itu. Dalam satu kenyataan semalam, syarikat itu berterima kasih kepada para pembeli “yang terus setia bersama kami sementara sabar menantikan kereta mereka.”
Menurut Tesla, mereka telah mencapai kemajuan bermakna dalam mengurangkan kesesakan pengeluaran yang tidak dinyatakan secara terperinci, pada akhir suku pertama. Mereka kini menjangkakan mengeluarkan 10,000 Model 3 setiap bulan pada akhir suku pertama dan 20,000 buah Model 3 setiap bulan pada akhir suku kedua. Tetapi syarikat itu berkata ia sedang menumpukan perhatian pada kualiti dan kecekapan kilang, dengan bukan saja memenuhi sasaran bilangan. – AP