Thursday, November 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    Model baharu BMW masuk pasaran Brunei tahun depan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OKT – Model terbaharu jenama yang tidak asing lagi di persada dunia permotoran, BMW telah diperkenalkan pada baru-baru ini iaitu BMW 2 Series Coupe dan BMW 4 Series Gran Coupe.

    Previu kedua-dua model berkenaan telah berlangsung secara digital dan dalam talian dari Munich, Jerman yang mendedahkan pelbagai aspek yang terdapat pada kedua-dua kenderaan tersebut daripada gaya, reka bentuk dan prestasinya.

    Menurut QAF Auto, meskipun belum lagi dipasarkan, kedua-dua model terbaharu BMW itu akan mula memasuki negara ini sekitar suku pertama atau kedua tahun hadapan.

    Kenderaan dua pintu, BMW 2 Series Coupe menonjolkan karakter yang fokus pada prestasi yang dinamik telah direka dengan lebih atletik dan sporty.

    Pengurus Produk bagi BMW 2 Series Coupe, Emanuel Varga menyatakan bahawa model berkenaan bukan saja memiliki reka bentuk yang menarik malah merupakan sebuah kenderaan yang menyeronokkan untuk dipandu.

    BMW 4 Series Gran Coupe yang diperkenalkan semasa previu tersebut.
    Emanuel Varga menjelaskan kehebatan BMW 2 Series Coupe yang direka dengan lebih atletik dan sporty semasa previu yang disiarkan secara langsung dari Munich. – Gambar oleh Adib Noor

    Secara keseluruhannya, BMW 2 Series Coupe terbaharu itu menampilkan rekaan yang rendah di bahagian hadapan dengan bentuk yang lebih lebar pada bahagian lengkungan roda yang sudah semestinya mengetengahkan gaya yang cukup menarik.

    Sementara itu, model BMW 4 Series Gran Coupe juga tidak kalah yang mana ia merupakan model terpenting dalam jenama BMW.

    Pengurus Produk BMW 4 Series Gran Coupe, Andreas Ederer menjelaskan bahawa sejak 2013, hampir 800,000 unit kenderaan BMW 4 Series terjual yang sudah semestinya menggambarkan impak besar terhadap jenama BMW.

    Model BMW 4 Series Gran Coupe, jelas Andreas Ederer, dicipta dengan menggabungkan empat konsep iaitu Sportiness, Elegance, Comfort dan Practicability.

    Reka bentuknya cukup menawan terutama sekali dari sisi yang memperlihatkan gaya lebih sporty dengan penampilan frameless door.

    Terdapat dua varian diesel dan tiga varian petrol di mana BMW 420d Gran Coupe dan BMW 420d xDrive Gran Coupe dikuasakan enjin diesel, sementara itu BMW 420i Gran Coupe, BMW 430i Gran Coupe dan BMW 440i xDrive Gran Coupe dikuasakan petrol.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia buat permohonan maaf kepada mangsa thalidomide

    SYDNEY, 29 NOV - Australia hari ini mengeluarkan permohonan maaf kepada mangsa yang terselamat daripada skandal ubat thalidomide, yang disifatkan oleh Perdana Menteri, Anthony...