Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Model terbaharu BMW dilancar

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan QAF Auto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MEI – QAF Auto, pengedar tunggal kereta BMW di negara ini, telah melancarkan model terbaharu jenama mewah dari Jerman berkenaan, iaitu BMW M3 Touring dalam versi Competitive xDrive, hari ini.

    BMW M3 Touring menampilkan reka bentuk unik dan sesuai untuk peminat sukan lumba kereta dan penggemar jalan raya yang berjiwa kental.

    Ia dilengkapi dengan enjin enam silinder sebaris 3.0 liter turbo berkembar yang menjana kuasa 503hp dan tork 650Nm serta dipadankan dengan transmisi automatik lapan kelajuan dan sistem pacuan empat roda.

    Tidak hanya itu, ruang dalaman kereta itu juga menyaksikan peningkatan signifikan dengan paparan melengkung BMW yang dipasang sebagai standard dalam BMW M3 Touring yang pertama.

    Paparan tersebut juga menawarkan tafsiran kokpit yang direka khas untuk memberi tumpuan kepada prestasi digital moden. Manakala skrin paparan maklumat sebesar 12.3 inci dan paparan kawalan sebesar 14.9 inci diletakkan di belakang permukaan kaca tunggal ke arah pemandu.

    Model baharu itu juga menawarkan tempat duduk M Sport yang boleh disesuaikan secara elektrik dengan fungsi memori yang mana trim kulit Merino disertakan sebagai standard dalam model itu.

    Tempat duduk khas M Carbon juga ditawarkan sebagai pilihan untuk pemandu dan penumpang hadapan, menawarkan gabungan unik antara ciri sport, bahan yang ringan, mutu kerja yang mewah, dan keselesaan untuk perjalanan jarak jauh.

    Bagi peminat dan pelanggan QAF Auto yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh melawat Bilik Pameran BMW di Perindustrian Beribi II.

    Dengan pelancaran BMW M3 Touring, QAF Auto akan terus memperkukuh kedudukan mereka sebagai pengedar utama kereta mewah di negara ini.

    Model terbaharu BMW M3 Touring dalam versi Competitive xDrive yang telah dilancarkan kelmarin.
    Tampilan dalaman BMW M3 Touring yang dilengkapi dengan paparan maklumat di belakang stereng menampilkan semua maklumat pemanduan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...