Moden dan anggun

Aidilfitri sudah pasti hari yang paling ditunggu-tunggu setiap tahun dan pastinya setiap tahun siluet baju raya akan berubah mengikut gaya terkini fesyen semasa.

Potongan unik di leher

Menarik tahun ini, kepelbagaian potongan dan gaya pada bahagian leher baju kurung menjadi trend paling popular. Potongan leher tinggi, les, potongan bentuk hati, serta ikatan reben di leher antara gaya segar yang ditampilkan kebanyakan pereka tahun ini.

Corak bunga Inggeris

Corak bunga-bunga Inggeris memberikan mood vintaj fesyen zaman 40an dan paling banyak dipakai ramai tahun ini.

Potongan bahu tinggi

Menarik tahun ini adalah trend potongan bahu tinggi yang pernah popular sekitar tahun 80an dan 90an kembali lagi. Sama ada juga rekaan bahu kembang atau tajam, kedua-dua rekaan ini tampak segar untuk gaya Aidilfitri.

Bertali pinggang atau reben

Trend segar yang mendapat tempat di kalangan ramai adalah baju kurung bertali pinggang. Sama ada ia direka dengan kepala tali pinggang atau reben unik yang diikat dipinggang. Rekaan sebegini sudah pasti membuatkan si pemakai tampak lebih langsing.