Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Moderna umum keputusan positif vaksin Omicron

    WASHINGTON, 9 JUN – Syarikat biotek-nologi AS, Moderna kelmarin mengumumkan keputusan positif bagi vaksin baharu yang menyasarkan kedua-dua strain asal COVID dan Omicron.

    Vaksin yang dipanggil Bivalen itu telah diuji dalam percubaan terhadap 814 orang dewasa dan terbukti menghasilkan 1.75 kali lebih antibodi peneutral khusus Omicron, yang mempunyai kuasa bagi mencegah jangkitan, berbanding vaksin Spikevax asal Moderna.

    Kesemua peserta sebelum ini menerima tiga suntikan dos Spikevax, dan kemudian lebih separuh meneruskan untuk mendapatkan dos keempat suntikan Bivalen manakala selebihnya mendapat satu lagi dos Spikevax. Tahap antibodi diuji sebulan kemudian.

    Kumpulan yang mendapat suntikan baharu juga mendapat perlindungan yang lebih baik berbanding strain lama COVID berbanding Spikevax.

    “Kami sangat teruja,” kata ketua pegawai eksekutif Moderna, Stephane Bancel dalam satu kenyataan.

    Keputusan itu disambut baik oleh pakar, yang bersetuju vaksin Moderna kini menjadi pendahulu sebagai vaksin penggalak, walaupun masih ada yang dalam keadaan berjaga-jaga.

    Jangkitan COVID telah meningkat sejak Omicron menjadi dominan pada akhir 2021, dengan pembuat vaksin berharap untuk memulihkan keberkesanan ke tahap sebelumnya, walaupun vaksin generasi pertama terus melindungi dengan baik daripada penyakit dan kematian yang teruk. – AFP

    Moderna kelmarin mengumumkan keputusan positif bagi vaksin baharu yang menyasarkan kedua-dua strain asal COVID dan Omicron. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...