SYDNEY, 24 MEI — Perdana Menteri India, Narendra Modi mencapai perjanjian baharu hari ini dengan rakan sejawatannya dari Australia, Anthony Albanese mengenai penghijrahan dan hidrogen hijau di Sydney.
Pertemuan Modi dan Albanese ‘menguatkan komitmen mereka terhadap wilayah Indo-Pasifik yang terbuka, makmur dan selamat’, kata pejabat perdana menteri Australia dalam satu kenyataan.
Perdana menteri mengumumkan perjanjian migrasi baharu yang akan menggalakkan mobiliti dua hala pelajar, graduan, penyelidik akademik dan ahli perniagaan. Mereka juga bersetuju dengan terma rujukan mengenai Pasukan Petugas Hidrogen Hijau dua hala yang akan menggalakkan kerjasama dalam menghasilkan gas tanpa menggunakan bahan api fosil.
Para pemimpin berkata mereka menjangka untuk menyelesaikan rundingan mengenai perjanjian perdagangan bebas sebelum akhir tahun ini. Mereka juga mengumumkan jawatan diplomatik baharu di Bengaluru, India, dan Brisbane, Australia.
Kali terakhir Modi melawat Australia pada November 2014, hanya beberapa bulan selepas kerajaannya pertama kali dipilih. – AP
