Modi hadiri upacara awam pertama di Kashmir

SRINAGAR, 22 APRIL – Perdana menteri India Ahad ini akan mengadakan upacara awam pertama di wilayah dipertikai Jammu dan Kashmir sejak New Delhi mengenakan sekatan keselamatan menyeluruh di sana lebih dua tahun lalu.

Kerajaan nationalis Hindu pimpinan Narendra Modi berusaha untuk meredakan pemberontakan di Kashimr yang ditadbir India dan menyokong wilayah majoriti Muslim, yang dituntut oleh negara jiran Pakistan di mana kedua-dua buah negara itu terlibat dalam peperangan sebanyak dua kali.

New Delhi membatalkan autonomi terhad wilayah itu pada 2019, di mana pihak berkuasa menahan ribuan penduduk dan mengenakan penutupan internet paling lama di dunia, cuba menghalang penentang tempatan terhadap langkah itu.

Ia adalah wilayah paling banyak ditempatkan tentera di India, dengan lebih setengah juta anggota tentera dan paramilitari dikerahkan di seluruh wilayah berkenaan.

Keselamatan telah dipertingkatkan bagi kunjungan Modi, tetapi dia boleh menjangkakan sambutan hangat di Palli, dengan puluhan ribu dijangka mengalu-alukan kedatangannya di upacara perbarisan oleh kerajaan Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinannya. – AFP

Anggota tentera mempertingkatkan keselamatan menjelang lawatan Modi ke Kashmir Ahad ini yang akan mengadakan acara awam pertama di wilayah tersebut. – AP