Modi pengerusikan sidang kemuncak BRICS ke-13

NEW DELHI, 7 SEPT – Perdana Menteri India, Narendra Modi dijangka mempengerusikan Sidang Kemuncak BRICS ke-13 yang akan diadakan padaKhamis secara maya, lapor Xinhua.

Bertemakan ‘Intra-BRICS cooperation for continuity, consolidation and consensus’ sidang kemuncak itu bakal disertai pemimpin dari Brazil, Rusia, China dan Afrika Selatan.

India telah menggariskan empat bidang keutamaan termasuk reformasi sistem multilateral, memerangi keganasan, penggunaan alat digital dan teknologi untuk mencapai agenda pembangunan lestari (SDGs) dan meningkatkan hubungan antara rakyat.

Selain itu, para pemimpin juga akan bertukar pandangan mengenai kesan pandemik COVID-19 serta isu-isu global dan serantau yang lain, memetik kenyataan dari kerajaan India. – Bernama