Modi rancang sertai COP26

NEW DELHI, 24 OKT – Perdana Menteri India, Narendra Modi akan menghadiri sidang kemuncak iklim COP26, perkara tersebut disahkan oleh pejabat beliau hari ini, dalam peningkatan besar bagi persidangan yang sudah ditolak oleh pemimpin-pemimpin dunia untuk menghadirinya.

Lebih 120 pemimpin dunia dijangka akan menghadiri sidang kemuncak iklim terbesar sejak rundingan Paris 2015 pada 1 hingga 2 November, akan tetapi Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Rusia, Vladimir Putin dengan jelas mengatakan tidak akan menghadirinya.

Perwakilan iklim dari Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah dan penganjur persidangan, Britain berulang kali membuat lawatan ke New Delhi dalam beberapa minggu kebelakangan untuk menggalakkan kerajaan pimpinan Modi untuk melakukan lebih keras mengurangkan pencemaran karbon dioksida.

Pegawai memaklumkan bahawa India, negara ketiga di belakang AS dan China sebagai pengeluar terbesar gas rumah hijau, akan membuat tawaran baharu namun tidak memberikan sebarang butiran.

Modi akan menghadiri rundingan iklim di Glasgow selepas pertemuan sidang kemuncak Kumpulan 20 di Rom pada hujung minggu depan di mana peningkatan suhu akan menjadi isu utama, menurut pejabat beliau dalam kenyataan.

Selain itu, pejabatnya turut berkata sidang kemuncak iklim akan menjadi peluang utama untuk ‘menuju ke hadapan’.

Menurut Agensi Tenaga Antarabangsa, India kini menghasilkan jumlah yang sama karbon dioksida seperti Kesatuan Eropah, meskipun ia adalah dua pertiga lebih rendah berdasarkan per kapita.

Pemulihan ekonomi pasca pandemik pada 2021 diramal akan menyaksikan pencemaran CO2 di India meningkat melebihi paras 2019, menurut agensi.

India menegaskan bahawa negara-negara kaya, yang mendapat keuntungan daripada pengindustrian pada masa lalu perlu membayar untuk membantu negara membangun melaksanakan langkah menjaga iklim.- AFP

Britain selaku penganjur COP26 membuat persediaan menjelang sidang kemuncak tersebut. Narendra Modi mengesahkan akan menghadiri sidang kemuncak iklim COP26 selepas pertemuan sidang kemuncak Kumpulan 20 di Rom.- AP