Modi: Tumpuan khas kepada SCO

NEW DELHI, 13 JUN – Perdana Menteri Narendra Modi berkata India memberikan tumpuan khusus kepada Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) yang mempromosikan interaksi pelbagai hala, politik, keselamatan, ekonomi dan hubungan rakyat dengan rakyat di rantau ini, lapor agensi berita Xinhua.

Beliau berkata demikian sebelum berlepas ke Bishkek, Kyrgyzstan untuk menghadiri sidang kemuncak SCO, pada Khamis.

Modi berkata India aktif mengambil bahagian dalam pelbagai dialog anjuran SCO sejak mendapat keanggotaan penuh dua tahun lalu. “Kami juga meningkatkan kerjasama dengan sejak Kyrgyzstan sejak negara itu menjadi pengerusi tahun lepas,” katanya. – Bernama