Sunday, March 23, 2025
22.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Modric kembali jalani latihan

    MADRID, 9 Ogos – Luka Modric kembali menjalani latihan bersama Real Madrid kelmarin bersama lima pemain yang beraksi di Piala Dunia susulan khabar angin mengenai masa depannya di Real Madrid.

    Akhbar sukan Sepanyol, AS melaporkan bahawa pemain tengah yang membawa Croatia ke final Piala Dunia itu menjadi sasaran utama Inter Milan sementara akhbar Marca mengatakan, pemain berusia 32 tahun itu dijangka akan menerima gaji lumayan dari Real dan menandatangani kontrak lanjutan.

    Modric yang dianugerahkan Bola Emas sebagai pemain terbaik Piala Dunia, telah diberikan cuti tambahan dan tidak menyertai jelajah pra musim Real ke Amerika Syarikat begitu juga dengan Mateo Kovacic yang dilaporkan akan terbang ke London untuk menyertai Chelsea, juara Piala Dunia bersama Perancis, Raphael Varane serta Marcelo dan Casemiro.

    Kelmarin, sementara skuad utama Real balik ke Madrid selepas menewaskan Roma di New Jersey tempoh hari, menurut pihak kelab, pemain yang beraksi di Piala Dunia telah menjalani latihan.

    “Pemain tengah Croatia itu menyertai Marcelo, Varane, Casemiro dan Kovacic, yang berlatih secara persendirian di gim. Empat pemain telah berlatih bersama sembilan pemain bawah-18 tahun,” kata Real Madrid menerusi laman sesawang.

    Antara laporan yang bertentangan, Marca berkata Modric yang menyertai Real pada 2012, tidak mempertimbangkan gaji yang diterimanya pada masa ini sejajar dengan tahap penampilannya dan pemain itu akan menandatangani kontrak lumayan.

    Sementara itu, AS melaporkan, Modric diramalkan akan menyertai Inter. Menurut Marca, beliau akan kekal di Madrid kerana pihak kelab akan menaikkan gajinya.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda