Tuesday, April 16, 2024
25.4 C
Brunei

    -

    Modul Mengtian bakal dilancarkan

    BEIJING, 24 OKT – Modul eksperimen kedua stesen angkasa China, Mengtian bakal dilancarkan bulan ini mengikut pelan pembinaan stesen angkasa lepas China.

    Pelbagai persiapan dan ujian berkaitan sedang dilaksanakan untuk memastikan tugasan pembinaan stesen angkasa dapat diselesaikan mengikut jadual. Mutakhir ini, kru kapal angkasa Shenzhou-14 yang terdiri tiga angkasawan menjalankan penyelenggaraan terhadap kompleks stesen angkasa sebagai persediaan untuk menyambut ketibaan modul eksperimen Mengtian.

    Kini, ketiga-tiga angkawasan itu sudah berada di ruang angkasa lepas selama lebih empat bulan dan keadaan fizikal serta mental angkasawan dalam keadaan baik.

    Pada masa sama, ujian bagi dua roket pembawa dan dua modul yang mengendalikan pelancaran Mengtian dan kapal kargo Tianzhou-5 turut dijalankan serentak di tapak pelancaran Wenchang, provinsi Hainan. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bot karam di Kashmir India bunuh sekurang-kurangnya 4 orang

    SRINAGAR, 16 APRIL - Sebuah bot yang membawa sekumpulan orang terbalik di sungai di Kashmir yang dikuasai India pada hari ini, menenggelamkan empat daripada...