Modul teras Tianhe sedia kemudahan untuk angkasawan

BEIJING, 20 JUN – Tiga angkasawan China, Nie Haisheng, Liu Boming dan Tang Hongbo, penghuni kumpulan pertama stesen angkasa lepas pada Jumaat akan memulakan kehidupan di modul teras Tianhe selama tiga bulan.

Modul teras itu yang berkeluasan 150 meter padu, ia mempunyai beberapa zon berasingan bagi memudahkan angkasawan melakukan tugasan dan menjalani kehidupan biasa.

Antaranya, terdapat tiga zon tempat tidur disediakan bagi menjamin keselesaan dan privasi yang optimum untuk setiap angkasawan.

Biarpun hidup di ruang angkasa, mereka masih mengekalkan cara hidup seperti yang lazim diamalkan di Bumi, seperti kitaran waktu tidur.

Untuk mengatasi impak fisiologi disebabkan mereka hidup dalam suasana sifar graviti, angkasawan perlu melakukan pergerakan senaman sekurang-kurangnya dua jam sehari menggunakan alat-alat senaman yang dilengkapi di modul berkenaan. – Bernama