Saturday, December 2, 2023
22.9 C
Brunei

    -

    MOFE-LEP bangun keupayaan pemimpin

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OGOS – Program Eksekutif Kepimpinan Kementerian Kewangan dan Ekonomi (MOFE-LEP) bermatlamat sebagai platform untuk pembangunan keupayaan dan strategi kepimpinan secara menyeluruh bagi pegawai-pegawai kanan di MOFE, kementerian-kementerian serta pihak-pihak berkepentingan utama dengan mengadaptasi pembelajaran tindakan khususnya bagi pelaksanaan dan perancangan strategik.

    Sehubungan dengan itu, Majlis Pelancaran MOFE-LEP dengan kerjasama Temasek Foundation (TF) dan Civil Service College (CSC), Singapura diadakan di Dewan Teater, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan pelancaran program berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah.

    Pada majlis berkenaan, Penolong Ketua Eksekutif (Antarabangsa), CSC, Roger Tan dalam kata alu-aluannya memberikan penerangan ringkas mengenai program berkenaan khususnya dalam pembangunan keupayaan strategi kepimpinan.

    Program MOFE-LEP merupakan kerjasama antara Bahagian Pembangunan Sumber
    Manusia dan Hal Ehwal Korporat, MOFE dengan TF dan CSC, Singapura.

    Seramai 30 orang peserta menyertai program berkenaan yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan di MOFE berserta pihak-pihak yang berkepentingan utama.

    MOFE-LEP akan dikendalikan dalam tempoh beberapa bulan, mengandungi beberapa sesi bengkel mengenai dengan perancangan strategik yang berkaitan dengan sektor awam serta lawatan sambil belajar ke Singapura.

    Tenaga penceramah dan fasilitator bagi program berkenaan terdiri daripada pihak CSC dan TF, Singapura.

    Sementara itu, pada sebelah petang, sesi Simposium Eksekutif bagi Transformasi Perkhidmatan Awam dan Kepimpinan yang disampaikan oleh Timbalan Setiausaha (Perancangan), Kementerian Kewangan, Singapura, Yee Ping Yi.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew semasa menghadiri Pelancaran Program MOFE-LEP yang berlangsung di Dewan Teater, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, hari ini.
    Roger Tan menyampaikan kata alu-aluannya secara maya semasa Pelancaran Program MOFE-LEP kelmarin.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    34 paus mati terdampar di Tasmania

    SYDNEY, 1 DIS – Sekumpulan 34 ekor ikan paus pilot ditemukan mati terdampar di sebuah pantai di pulau Tasmania, Australia, menurut laporan media tempatan...