Mogok 24 jam dilancarkan

MANAGUA, 13 Jun – Persekutuan tertinggi Nicaragua kelmarin menyeru untuk melakukan mogok selama 24 jam seluruh negara untuk membantah ‘situasi ekstrem’ di bawah pentadbiran Presiden Daniel Ortega yang belum memutuskan untuk perundingan bagi memulihkan krisis yang mengakibatkan sekurang-kurangnya 148 terbunuh.

Mogok seharian itu bermula Khamis ini di sebelah petang bagi memberi sokongan kepada mangsa pertelingkahan yang berlarutan selama dua bulan, di mana pertembungan ganas antara aktivis antikerajaan dan pasukan keselamatan yang setia kepada Ortega.

“Ini merupakan mogok awam kebangsaan dan aman yang menelusuri seluruh negara dan semua aktiviti ekonomi kecuali bagi sesiapa yang berkaitan dengan penyelamatan nyawa dan perkhidmatan asas untuk para penduduk,” menurut pengumuman Sekutu untuk Keadilan dan Demokrasi Kebangsaan, peran utama dalam perundingan krisis yang kini tertangguh.

Pihak gabungan itu juga menuntut untuk keputusan segera daripada Ortega mengenai prospek perundingan pemulihan di mana biskop Katolik berpengaruh Nicaragua menjadi orang tengah.

Negara tersebut belum dapat khabar berita mengenai pemimpin berhaluan kiri sejak minggu lepas apabila dia bertemu dengan ahli paderi tertinggi, yang memberikannya rancangan untuk menyegerakan undian dan pembentukan semula institut pilihan raya dan perlembagaan yang menjadi tuntutan utama para aktivis.

“Dialog ini merupakan langkah untuk mengkaji semula sistem politik Nicaragua dari akar umbi untuk mencapai demokrasi dan keadilan sebenar,” kata persekutuan awam.

Pengumuman itu hadir selepas negara itu menghadapi insiden keganasan di mana pihak polis dan pro kerajaan para tentera menyerang para aktivis dalam cubaan untuk menentang Ortega. – AFP

Penunjuk perasaan antikerajaan menembak mortar buatan sendiri ke arah pihak polis di Jinotepe, Nicaragua kelmarin. Persekutuan tertinggi Nicaragua menyeru untuk melakukan mogok selama 24 jam seluruh negara bermula Khamis ini. – AP