Mogok NUM Algeria ditangguh

ALGIERS, 6 NOV – Kesatuan Majistret Kebangsaan (NUM) Algeria semalam mengumumkan menggantung mogok yang dilancarkan sejak seminggu lalu, selepas persetujuan dicapai dengan kerajaan, lapor agensi berita Xinhua.

“Perkara itu dicapai berkat usaha orang tengah…(para majistret) memberi maklum balas positif kepada dialog dengan Kementerian Keadilan,” kata ketua NUM Issaad Mabrouk.  Mabrouk berkata ia merujuk kepada krisis politik yang mula tercetus sejak Februari dan pilihan raya presiden yang dijadual pada 12 Disember.

Mengenai keputusan kementerian memindahkan 3,000 majistret ke mahkamah baharu, Mabrouk berkata pihaknya akan mengemukakan bantahan kepada Pejabat Badan Tertinggi Kehakiman, yang perlu mengadakan pertemuan pada 17 November untuk membincangkan perkara itu mengikut undang-undang. – Bernama