Mohammad Izzuddin harumkan nama negara

Oleh Fadhil Yunus

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 MAC – Atlet sukan seni mempertahankan diri Negara Brunei Darussalam, Mohammad Izzuddin Irfan bin Mohammad Faizal telah mengharumkan nama negara selepas memenangi pingat emas dalam kategori senior 100 kg terbuka dalam Kejohanan Muay Thai Sabah 2020 di 1 Borneo Hypermall di Kota Kinabalu, Sabah baru-baru ini.

Manakala dalam Kategori Terbuka 71kg, Mohammad Yazid bin Mohammad Taib, yang juga merupakan ketua jurulatih dari Akademi Jeonsa, menyaksikan dirinya hanya dapat mara hingga ke peringkat suku akhir di kejohanan tersebut.

Kedua-duanya merupakan atlet rasmi dari Brunei Darussalam di bawah Persatuan Persekutuan Antarabangsa Muaythai (IFMA).

Mohammad Izzuddin Irfan bergambar bersama pingat emas yang dimenanginya di Kejohanan Muay Thai Sabah 2020.