Saturday, August 13, 2022
24 C
Brunei

Mohd Amirul hanya sasar gangsa

-

KUALA LUMPUR, 28 APRIL – Hanya pingat gangsa menjadi sasaran atlet mendayung Malaysia, Mohd Amirul Norhadi yang akan bersaing dalam acara lightweight pada Sukan SEA Hanoi, bulan hadapan.

Mohd Amirul berkata sasaran itu dianggap realistik memandangkan beliau tidak dapat menjalani latihan secukupnya menjelang temasya dwitahunan di Vietnam itu.

Beliau mengakui persediaan ke Hanoi masih belum mencukupi kerana memerlukan sekurang-kurangnya tiga hingga empat bulan bagi menjelmakan aksi terbaik di sana nanti.

“Saya hanya dapat mulakan latihan penuh pada Mac lepas tetapi menjelang puasa kembali berjuang. “Ia masih tidak sama jika diban-dingkan latihan sewaktu Sukan SEA 2019 di Manila dan Sukan Asia 2018 di Jakarta-Palembang,” katanya ketika ditemui baru-baru ini. Biarpun bakal berdepan tugas getir untuk menyaingi pencabar utama tuan rumah, selain Indonesia, Thailand, dan Filipina, beliau tetap akan berusaha memberi tentangan sengit kepada mereka dalam usaha mengejar kedudukan podium. Sementara itu, jurulatihnya Norhadi Ishari memaklumkan latihan yang dijalankan semasa Ramadan di Kelab Tasik Putrajaya itu dilakukan pada setiap hari sejauh 12 kilometer (km) seawal 7 pagi. – Bernama

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

DXY disekat kritik rawatan herba COVID

BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana 'melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan', beberapa...
- Advertisment -