Mohd Hafiy menang kuiz SMS

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 DIS – Langkah kanan memihak kepada Awang Mohd Hafiy bin Mohd Arrifin setelah beliau diumumkan sebagai pemenang bulanan utama bagi cabutan Win a Fabular SMS Quiz dalam cabutan bulanan kedua pada majlis di Cultivate Bistro, Gadong hari ini.

Beliau memenangi hadiah utama berupa sebuah telefon bimbit Huawei Nova 2 Lite yang ditaja oleh Progresif Cellular Sdn Bhd. Sementara itu, hadiah kedua berupa baucar Hua Ho bernilai $50 telah dimenangi oleh Dayang Nur Atikah binti Morshidi.

Hadir bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah perwakilan daripada PCSB, Awang Iskandar bin Zulkifli; Pengurus Snapfeed, Melissa Tang dan wakil Hua Ho, Jay Choo.

Gambar ramai pemenang dan wakil penganjur serta penaja.