Mohd Shafie serah 2,300 geran individu

KENINGAU, 9 JULAI – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Shafie Afdal hari ini menyerahkan 2,300 geran individu melibatkan keluasan 6,425.51 hektar untuk penduduk 101 buah kampung di daerah ini.

Sebanyak 3,075.45 hektar daripadanya adalah hasil pemansuhan geran komunal bagi sembilan kampung di Sook di sini; 1,395.99 hektar pula adalah hasil pengukuran tanah menerusi Program Perkhidmatan Tanah Adat Negeri Sabah (PANTAS); manakala 1,953.07 hektar lagi menerusi permohonan tanah.

Bercakap kepada pemberita selepas majlis penyerahan itu di sini, Mohd Shafie berkata, penyerahan geran itu bertujuan membolehkan penduduk kampung mempunyai geran sekali gus menasihatkan mereka supaya tidak menjual tanah sebaliknya mengusahakannya bagi meningkatkan sumber ekonomi. – Bernama